Rabu, April 19

PENGAMBILAN PELAJAR bagi sesi APRIL - MEI 2017

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa ,suka cita dimaklumkan bahawa PENGAMBILAN PELAJAR bagi sesi APRIL - MEI 2017 telah dibuka untuk bidang PENTADBIRAN RANGKAIAN KOMPUTER (IT).
 
Maklumat bagi pengambilan sesi kali ini adalah seperti berikut :
 
Yuran Pendaftaran : RM300
Yuran Bulanan adalah : RM290

*yuran terendah, tanpa membuat pinjaman pendidikan(bebas hutang)

Kursus yang ditawarkan :
 
Peringkat Sijil
IT-030-3:2013 : Sijil Perkhidmatan Rangkaian SKM 3 / Tahap 3
 
Peringkat Diploma
IT-030-4:2013 : Pentadbiran Rangkaian Komputer DKM 4 / Tahap 4
 
* Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia
 
SYARAT KEMASUKKAN
-Lepasan PMR/PT3
-Lepasan SPM
-Lepasan SPVM
-15 Tahun-45 Tahun        
 
 
*Pelajar tidak perlu kredit dalam SPM (TIDAK LULUS DALAM SPM)
*Pelajar yang tidak menghabiskan persekolahan
*Pelajar yang tercicir dalam bidang akademik
*Pelajar dikalangan orang kurang upaya(masalah pembelajaran-lembam)
 
Kami juga melatih para pekerja untuk meningkatkan profesion untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi(PROGRAM JANGKA MASA PENDEK)
 
Jangan melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian seperti yang tertera dibawah.
 

No. Tel : 012 - 690 0773
SMS. : 012 - 690 0773
Whatsapp : 017-3023541
E-mail : 
medallioncollege@yahoo.com
 
* Mohon dari pihak tuan/puan untuk MENGHEBAHKAN maklumat ini demi melahirkan generasi yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG dalam bidang kemahiran. SIFAR PENGGANGURAN. Segala kerjasama daripada pihak anda amat saya hargai.
 
SEKIAN TERIMA KASIH.



Isnin, Mac 13

SILIBUS




CONTOH SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3 & FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

CONTOH SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3




FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA:-

  •  Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia

  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.


Sabtu, Mac 11

PENGENALAN KOMPUTER RANGKAIAN(IT-030-3:2013) (IT-030-4:2013)


Pengenalan

  • Kursus yang ditawarkan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang rangkaian komputer, di mana pelajar akan diajar dari segi teori dan amali. 
  • Pelajar akan didedahkan dengan teknologi rangkaian komputer terkini dan akan dilatih secara 'job oriented'.
  •  Setelah menamatkan persijilan bagi Tahap 2 dan 3 (SKM), pelajar berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma kemahiran (DKM) di pusat-pusat latihan awam atau swasta seperti ADTEC. 
  • Peluang pekerjaan bagi mereka yang berjaya menamatkan latihan terbuka dalam sektor swasta/kerajaan yang menawarkan jawatan Pembantu dan Juruteknik Rangkaian Komputer ataupun lain-lain jawatan yang berkaitan dengan bidang ini memandangkan penggunaan komputer yang semakin meluaskan pada masa ini.


Objektif Latihan

  1. Mengetahui dan memahami asas sistem rangkaian dan cara-cara pemasangannya
  2. Berkebolehan melakar dan melukis ‘Plan Layout’ mengikut kepiawaian yang ditentukan menggunakan alat bantuan lukisan teknik/software dengan betul - Berkebolehan memasang dan menguji dan membaikpulih sesuatu rangkaian dengan teknik yang betul dan sesuai
  3. Mengetahui komponen-konponen komputer serta spesifikasi dan penggunaannya
  4. Berkebolehan mengaplikasikan komputer dengan betul dan selamat
  5. Memahami langkah-langkah keselamatan penggunaan komputer ‘Company Security Policy’
  6. Meningkatkan pengetahuan ke arah menceburi dalam bidang Rangkaian Komputer